Pelantikan ketua kampung di Perak mulai 1 Julai - Utusan Malaysia

Pelantikan ketua kampung di Perak mulai 1 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 10 Jun – Pelantikan sebanyak 859 orang ketua kampung bagi mengisi semula kekosongan jawatan itu setelah perkhidmatan ketua kampung ketika ini ditamatkan hujung bulan ini akan bermula pada 1 Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, proses pelantikan ketua kampung yang baharu sedang dijalankan oleh kerajaan negeri.

Katanya, sama ada terdapat dalam kalangan ketua kampung ketika ini akan dikekalkan untuk jawatan tersebut, ia bergantung kepada pencalonan yang dibuat di peringkat kawasan dan penghulu mukim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tugas ketua kampung akan tamat secara rasmi pada 30 Jun ini. Ini berbeza dengan penamatan tugas ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkuat kuasa serta-merta.

“Bagi ketua kampung, kita tidak boleh lakukan begitu kerana tugas mereka ini berterusan. Rakyat mencari mereka dan jika tugas itu ditamatkan serta-merta tanpa pengganti, ia akan menimbulkan kesukaran kepada ketua kampung,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 100 asnaf di sekitar Manjoi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini