PEKAN – Pembekuan akaun UMNO merupakan salah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan terhadap sebuah parti politik yang berfungsi dalam sistem demokrasi.
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, sekiranya terdapat kesalahan daripada individu, sebuah parti tidak seharusnya menanggung akibatnya.
“Kalau nak siasat kenapa perlu bekukan akaun kalau ada individu yang bersalah ambil tindakan terhadap mereka dan kenapa perlu libatkan parti politik?
“Parti diwujudkan bukan untuk bersuka ria. Sebuah parti mempunyai ahli, kita ada tanggungjawab terhadap rakyat dan ada tugas yang berat untuk mentadbir serta melaksanakan perjuangan parti,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. – K! ONLINE











