KUANTAN 30 Jun – Keputusan semasa pemilihan UMNO menyaksikan sekurang-kurangnya empat muka baharu termasuk seorang menang tanpa bertanding dipilih mengetuai bahagian-bahagian UMNO di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut selepas penyandangnya, Datuk Ahmad Nazlan Idris tidak mempertahankan jawatan berkenaan. Muka baharu lain yang menang jawatan ketua bahagian UMNO bagi penggal 2018-2021 ialah Datuk Ahmad Tajuddin…