Padah merokok sambil bawa tong gas - Utusan Malaysia

Padah merokok sambil bawa tong gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Perbuatan seorang lelaki berusia 48 tahun yang merokok ketika membawa tong gas petroleum cecair (LPG) dalam keretanya membawa padah apabila tong gas itu meletup di Jalan Subang Mas, Subang Jaya, dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, tong gas yang meletup itu berada di bahagian hadapan sebelah pemandu.

“Tong gas tersebut telah bocor di dalam kereta tetapi lelaki itu dapat menghidu kebocoran tersebut.

“Ketika berada di persimpangan lampu isyarat, pemandu itu membuka cermin lalu menghidupkan rokok dengan pemetik api.

“Perbuatan itu akhirnya mencetuskan letupan ekoran gas LPF yang sudah memenuhi ruang kereta,” katanya, di sini hari ini.

Semalam, tular dalam media sosial gambar sebuah kereta jenis Toyota Vios rosak teruk dipercayai akibat letupan kebocoran tong gas LPG yang dibawa mangsa di dalam kenderaan itu.

Jelas Syed Shahril, susulan kejadian itu, mangsa melecur di bahagian badan dan dihantar ke Hospital Shah Alam, Selangor untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Choo Lily mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN