KUALA LUMPUR 23 Jun – Perbuatan seorang lelaki berusia 48 tahun yang merokok ketika membawa tong gas petroleum cecair (LPG) dalam keretanya membawa padah apabila tong gas itu meletup di Jalan Subang Mas, Subang Jaya, dekat sini Jumaat lalu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata, tong gas yang meletup itu berada di bahagian hadapan sebelah pemandu. “Tong gas tersebut telah bocor di dalam kereta tetapi lelaki itu dapat menghidu kebocoran tersebut. “Ketika berada di persimpangan lampu isyarat, pemandu itu membuka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya