KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya menunjukkan penurunan sebanyak 9 peratus sepanjang 13 hari Op Selamat Ke-13 Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 berjalan. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, peratusan tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 189 kes kematian daripada 207 kes yang dilaporkan pada tahun lalu. “Kematian akibat kemalangan jalan raya masih didahului oleh penunggang dan pembonceng…










