OK Group kesal dikaitkan dengan Robert Kuok - Utusan Malaysia

OK Group kesal dikaitkan dengan Robert Kuok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN 12 Jun – Syarikat pengeluar produk kesihatan dan herba, Orang Kampung Group Sdn. Bhd. (OK Group) kesal dengan tindakan segelintir pemilik laman sosial Facebook yang menyebarkan kenyataan palsu berkenaan produk mereka baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Habibul Ajmi Manggar berkata, pihak­nya menafikan ke­nyataan yang dikongsi dalam laman sosial tersebut serta memandang serius perkara ber­kenaan.

Katanya, dakwaan itu dilihat cuba mengaibkan selain boleh menjejaskan perniagaan serta imej produk dan syarikat selain memudaratkan aliran pendapatan atau keuntungan OK Group.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mengenal pasti terdapat enam pemilik portal dan Facebook melaporkan bahawa syarikat Orang Kampung adalah milik bilionair terkenal Robert Kuok tanpa merujuk kepada OK Group terlebih dahulu.

“Sehubungan itu, kami me­nun­tut permohonan maaf secara terbuka daripada enam pemilik laman tersebut untuk memperbetulkan keadaan,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma OK, Serkam di sini, hari ini.

Habibul Ajmi berkata, pihak­nya menerima banyak panggilan dan pertanyaan daripada pengguna bagi mengetahui isu berke­naan termasuk status syarikat bumiputera atau sebaliknya.

Kata beliau, pihaknya akan membuat laporan polis selain mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat.

Enam pautan di laman Facebook berkenaan adalah Says, Berita Steady, Oh My Media, Resepi Orang Kampung, Saya Orang Johor dan PenMerah [dot] com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini