Noor Azleen bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang - Utusan Malaysia

Noor Azleen bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 8 Jun – Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros menawarkan diri bertanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan UMNO bahagian tersebut kembali bangkit sebagai sebuah parti yang lebih kuat, berwibawa serta relevan dalam landskap baharu politik tanah air.

Katanya, berikutan keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang tidak memihak kepada UMNO, maka parti keramat itu perlu kembali bangkit dalam memastikan asas, ideologi dan semangat kebangsaan yang mendasari perjuangannya selama ini tidak sesekali terkubur.

“Untuk itu, saya dengan penuh rasa rendah diri, berasa terpanggil untuk menawarkan khidmat bagi mengisi tanggungjawab dan amanah sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang bagi penggal yang akan datang.

“Berasaskan kudrat, buah fikiran, jiwa serta semangat daripada saki-baki perjuangan yang tinggal, maka saya dan rakan-rakan akan bersama-sama berusaha membina serta memulihkan semula kekuatan parti menerusi beberapa pendekatan dan strategi yang akan diatur dan disusun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Noor Azleen, antara misinya adalah untuk memastikan UMNO memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan dan berwibawa di samping meneruskan khidmat bakti dan kerja sukarela parti kepada masyarakat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN