KEBUDAYAAN yang antara lain terdiri produk-produk budaya seperti bahasa, cara hidup, sistem kepercayaan, adat resam, komunikasi dan sebagainya terbentuk hasil hubungan manusia dengan persekitaran masing-masing dan keupayaan potensi diri yang mereka dimiliki. Umumnya, manusia pelbagai ras, kaum atau etnik dengan perbezaan latar belakang sosiobudaya ini, bertemu dan hidup dalam wilayah yang sama hingga membentuk masyarakat yang plural. Secara mudah, keadaan ini disebut sebagai kepelbagaian budaya. Istilah kepelbagaian budaya…










