JERANTUT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada Mesyuarat Perwakilan Kali Ke-15 yang diadakan di Dataran Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini. Nazri yang memegang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian sebelum ini tidak dicabar perwakilan lain termasuk penyandangnya yang juga Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris. Dua lagi jawatan tertinggi peringkat bahagian turut tidak…