LONDON – Harapan rakyat Argentina kini disandarkan ke bahu Lionel Messi dan rakan sepasukannya apabila turun beraksi di pusingan 16 pasukan terbaik Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2018 FIFA berdepan juara 1998, Perancis yang juga pasukan pilihan malam ini. Dibarisi dengan ramai pemain bintang terutamanya di jentera serangan, Gonzalo Higuain, Sergio Aguero, Angel di Maria dan Paulo Dybala, Argentina dilihat sebagai antara pasukan pilihan yang memiliki gandingan serangan yang digeruni.…