KUALA LUMPUR 20 Jun – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh hari ini menarik balik saman fitnah mereka terhadap pengendali portal Malaysiakini dan dua editor kanannya berhubung komen pembaca dalam dua artikel yang diterbitkan dalam portal tersebut, empat tahun lalu. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin kemudian merekodkan persetujuan bersama untuk menarik balik saman berkenaan tanpa sebarang perintah kos selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini. Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib dan Ab. Rauf…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya