PEKAN – Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang membekukan beberapa akaun yang didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk akaun Ibu Pejabat UMNO Pusat dan UMNO negeri. Bekas perdana menteri itu berkata pihak berkuasa sepatutnya hanya membekukan akaun individu yang hendak disiasat dan bukannya menjadikan akaun parti sebagai ‘sasaran’. “Sebab apapun, UMNO tidak bersalah. Kalau individu yang…