Nafi rompak warga Pakistan - Utusan Malaysia

Nafi rompak warga Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Seorang kelindan lori dan pengawal keselamatan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang buruh binaan warga Pakistan, Khamis lalu.

S.S. Vickeswaran, 20, dan R. Uthaya, 21, didakwa bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan terhadap Israr Hussien, 36, dengan melarikan dua unit telefon bimbit jenis Samsung J7 Prime warna putih dan telefon bimbit jenis Nokia warna biru yang keseluruhannya berjumlah RM1,000 di tepi Jalan Thamby Abdullah di sini kira-kira pukul 5 pagi, 21 Jun lalu.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan sebelum itu tidak mencadangkan jaminan namun peguam, K. Komagan yang mewakili Vickeswaran dan Uthaya memohon jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya perlu menanggung keluarga dengan pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Hakim Mahyon Talib membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan selain menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN