Nadal, Del Potro berentap di separuh akhir - Utusan Malaysia

Nadal, Del Potro berentap di separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 7 Jun – Rafael Nadal tewas dalam set pembukaan kejohanan tenis Terbuka Perancis buat kali pertama sejak 2015, namun itu tidak menghalang juara 10 kali tersebut daripada mara ke separuh akhir selepas menumpaskan pemain Argentina, Diego Schwartzman dalam aksi yang terhenti akibat hujan lebat, hari ini.

Pemain No. 1 dunia dari Sepanyol itu menang 4-6, 6-3, 6-2, 6-2 selepas diberi tentangan hebat oleh Schwartzman, sekali gus menempah pertemuan dengan seorang lagi jaguh Argentina, Juan Martin del Potro pada separuh akhir.

Del Potro, pilihan kelima dan juara Terbuka Amerika Syarikat 2009 mara selepas dipaksa bekerja keras untuk mengetepikan pilihan ketiga dari Croatia, Marin Cilic 7-6 (7/5), 5-7, 6-3, 7-5.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemilik 16 gelaran Grand Slam, Nadal yang baru menyambut ulang tahun ke-32 pada 3 Jun lalu memegang rekod kemenangan 9-5 ke atas Del Potro, 29. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini