KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tidak berada di luar negara sebaliknya sedang menjalani rawatan kesihatan di dalam negara. Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Musa iaitu Zahir Shah dalam satu kenyataan semalam. Menurut Zahir, Musa kini sedang mendapatkan rawatan kesihatan atas nasihat doktor. “Saya mahu mengumumkan yang Musa ingin menjelaskan beliau tidak pernah ke luar negara dan menyatakan perjalanan anak guamnya sentiasa melalui saluran imigresen…










