SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru 14 juta pekerja di seluruh negara untuk menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang dilancarkan kerajaan, semalam. Timbalan Setiausaha Agungnya, A. Balasubramaniam berkata, kebanyakan pekerja menyokong tujuan itu atas dasar semangat patriotism bagi membantu meringankan beban hutang negara. “Ini adalah inisiatif yang harus dipuji. Saya rasa ramai akan tampil sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan menghulur derma bagi membantu kerajaan mengurangkan hutang selepas…










