KUALA LUMPUR 22 Jun – Projek Transit Aliran Massa laluan tiga (MRT3) bernilai RM45 bilion yang 75 peratus membabitkan laluan bawah tanah dibatalkan. Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.), Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, projek MRT2 laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sepanjang 52.2 kilometer diteruskan dengan pengurangan kos. “MRT2 akan diteruskan dengan pengurangan kos. Kini kita masih memikirkan mekanisme untuk mengurangkan kos pembinaan (MRT2),” katanya kepada…










