MRT3 sah batal, MRT2 diteruskan - Utusan Malaysia

MRT3 sah batal, MRT2 diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Projek Laluan 3 Transit Aliran Massa (MRT3) bernilai RM45 bilion yang sebelum ini ditangguhkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk pertimbangan lanjut sah dibatalkan.

Perkara tersebut diumumkan selepas Mass Ra­pid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham hari ini.

Projek MRT3 yang berjarak 40 kilometer dilaporkan akan mempunyai 26 stesen dengan 19 laluan bawah tanah dijadualkan pembinaannya pada tahun 2019 serta dijangka siap pada tahun 2025.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Ek­sekutif­ MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, projek MRT2 laluan Sungai Buloh – Serdang-Putrajaya sepanjang 52.2 kilometer akan diteruskan dengan pengurangan kos. 

“MRT2 akan diteruskan dengan pengurangan kos. 

“Kini kita masih memikirkan mekanisme terbaik untuk mengurangkan kos pembinaan (MRT2),” katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira setengah jam di Menara Ilham di sini.

Sharil bagaimanapun enggan mengulas mengenai jumlah pengurangan tersebut. 

Projek MRT3  telah diluluskan di bawah kerajaan terdahulu pada 30 Oktober tahun lalu, namun kontrak bagi kerja-kerja pembinaan belum diberikan secara rasmi. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN