TEMERLOH 30 Jun – Penyandang Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin menang tanpa bertanding jawatan berkenaan dalam pemilihan UMNO hari ini.
![]() |
|
KETUA UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin
|
Mohd. Sharkar mempertahankan jawatan itu selepas pencabarnya, Datuk Mohd. Rofaie Mohd. Hamdan bertindak keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam. – UTUSAN ONLINE











