ARAU 30 Jun – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau yang berlangsung di Pusat Khidmat Kubang Gajah di sini hari ini sedikit tegang apabila calon Ketua Bahagiannya, Mohd. Khalid Ahmad menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya berhubung proses pengundian dalam pemilihan di bahagian itu yang didakwa tidak terbuka. Bantahan itu dikemukakan Mohd. Khalid ketika beliau diberikan peluang oleh Pengerusi Tetap Sementara, Datuk Sulaiman Shafie untuk berucap bagi memperkenalkan diri kepada perwakilan dalam mesyuarat…