Mohamad hadir majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Tentera Darat Melaka - Utusan Malaysia

Mohamad hadir majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Tentera Darat Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 29 Jun – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga Tentera Darat Melaka di pekarangan Dewan Serbaguna Kem Terendak, di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamad yang tiba pada pukul 5.30 petang dari Ipoh, Perak bersama isteri, Normah Alwi disambut oleh Ketua Menteri, Adly Zahari; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim.

Turut menyambut kehadiran Mohamad ialah Panglima 3 Divisyen Kem Terendak, Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan kira-kira 5,000 warga Tentera Darat Melaka bersama keluarga masing-masing.

Majlis sambutan itu diserikan dengan hidangan pelbagai jenis juadah melibatkan 14 buah gerai dan Mohamad sebelum majlis berakhir menyampaikan duit raya kepada anak-anak tentera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN