KUALA LUMPUR 3 Jun – Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) dijangka menerajui semula pasaran motosikal tempatan dan mengembangkan pasarannya di ASEAN susulan kerjasama strategiknya dengan syarikat terkemuka India, Bajaj Auto Ltd. YEAH KIM LENG Pakar ekonomi terkemuka, Dr. Yeah Kim Leng berkata, perkongsian strategik pengeluar motosikal tempatan itu dengan syarikat global merupakan satu cara untuk mencapai ekonomi yang meraih keuntungan, meningkatkan kapasiti pengeluaran dan menembusi pasaran serantau serta…










