ROSTOV, Rusia – Pasukan Mexico meletakkan sebelah kaki ke pusingan 16 terbaik selepas mencatat kemenangan kedua dengan menewaskan Korea Selatan 2-1 pada aksi Kumpulan F di Arena Rostov sebentar tadi. Keputusan tersebut menyaksikan wakil daripada Amerika Utara itu selesa mendahului peringkat kumpulan dengan enam mata selepas turut menewaskan juara bertahan, Jerman minggu lalu. Nasib Korea Selatan pula berbeza apabila sah tersingkir daripada pentas Piala Dunia 2018 selepas gagal mengutip sebarang…










