RUSIA 24 Jun – Dua gol masing-masing dijaringkan oleh Carlos Vela dan Javier Hernandez sudah cukup untuk membantu Mexico menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan F Piala Dunia di Arena Rostov, sebentar tadi. Walaupun mengungguli tangga teratas kumpulan namun skuad kendalian Juan Carlos Osorio masih belum sah mara ke peringkat kalah mati memandangkan mereka perlu menunggu keputusan perlawanan Jerman menentang Sweden yang akan berlangsung di Stadium Fisht pada…










