'Messi' realisasi impian Luqman tonton aksi Piala Dunia - Utusan Malaysia

‘Messi’ realisasi impian Luqman tonton aksi Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Bertamu di Rusia sejak empat hari lalu, bintang utama Ola Bola, Luqman Hafidz, 27, berkongsi pengalamannya melihat sendiri kemeriahan Kejohanan Piala Dunia 2018 yang sedang berlangsung di bekas negara Soviet itu.

Lebih menggembirakan, pengalaman julung kali merasai bahang demam bola acara berprestij itu dihangatkan apabila Luqman mendapat bantuan seorang individu yang dipanggilnya Messi untuk menonton perlawanan bola sepak antara Argentina dan Croatia yang diadakan semalam.

“Ketika menaiki tren menuju ke Stadium Nizhny Novgorod, saya berbual dengan salah seorang daripada sekumpulan penyokong Argentina yang mahu memberi sokongan secara langsung kepada skuad kebangsaan mereka.

“Kebetulan pula, mereka memiliki sekeping lebihan tiket perlawanan kerana ada seorang rakan yang tidak dapat ikut serta dan mahu menjualnya kepada saya.

“Pun begitu, saya berpura-pura tidak cukup wang dengan harapan dapat membeli tiket berharga hampir RM700 itu pada harga lebih murah.

“Dengan mimik muka memohon simpati, saya buka dompet dan tunjukkan kepada mereka baki wang yang terdapat di dalamnya iaitu sebanyak RM188 sahaja.

“Tak disangka, mereka menjual juga tiket itu, bahkan semurah RM124 sahaja dan menyuruh saya menggunakan baki wang untuk membeli makanan,” katanya yang teruja tak terkata memperoleh diskaun sebanyak itu.

Akui Luqman, dia sebenarnya telah menyimpan wang secara berasingan sebagai langkah berhati-hati bagi mengelak duitnya dicuri pencopet. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN