BINTULU 30 Jun – Seorang warga tempatan mengaku bersalah memiliki bahagian-bahagian hidupan liar dihukum penjara selama enam bulan dan denda RM10,000 di Mahkamah Bintulu semalam. Menurut Jabatan Hutan Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, tertuduh disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 37(2) Ordinan Perlindugan Hidupan Liar, 1998 kerana memiliki bahagian-bahagian hidupan liar di negeri ini. “Tertuduh, Karim Lidam, 46, didapati melakukan kesalahan dan ditahan di Pasar Tamu Bintulu pada 2 Disember tahun…