Melaka sumbang RM350,000 pada Tabung Harapan - Utusan Malaysia

Melaka sumbang RM350,000 pada Tabung Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Kerajaan negeri Melaka akan menyampaikan sumbangan RM350,000 kepada Tabung Harapan Malaysia, kata Ketua Menterinya, Adly Zahari.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, RM100,000 disumbangkan oleh kerajaan negeri manakala selebihnya adalah hasil kutipan daripada agensi kerajaan negeri termasuk anak syarikat milik kerajaan negeri.

“Kita akan menyerahkan sumbangan secepat mungkin, memandangkan kita telah membuat kutipan daripada beberapa agensi termasuk kerajaan negeri,” katanya  kepada pemberita pada jualan amal Tabung Harapan Malaysia di hadapan Pasar Transit Melaka di Jalan Fatimah, Bachang di sini hari ini.

Kutipan jualan amal yang berlangsung selama dua hari itu merupakan inisiatif daripada Persatuan Pemilik Ladang Buah-buahan Melaka dan akan diteruskan di lima lagi lokasi di sekitar daerah Melaka Tengah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee dan Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Ginie Lim Siew Lin.

Adly berkata, pihaknya menyasarkan untuk mengutip sebanyak  RM50,000 lagi daripada hasil jualan amal ini bagi  membantu kerajaan Pakatan Harapan menyelesaikan hutang negara. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN