BINTULU 20 Jun – Seorang lelaki warga emas dijumpai mati dalam parit berhampiran sebuah kedai makan di Jalan Desa Damai di sini, awal pagi ini. Mayat Tiong Boh Chiong, 77, tahun ditemukan oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan kira-kira pukul 1 pagi. Ketua Polis daerah, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, sepasukan anggotanya telah pergi ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan tentang penemuan mayat tersebut. “Polis terpaksa meminta bantuan…










