PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan mengarahkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengambil tindakan terhadap syarikat penerbangan mengenakan caj tersembunyi yang tidak sepatutnya kepada para pengguna. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sehubungan itu Mavcom akan mengenal pasti syarikat-syarikat penerbangan tersebut bagi memastikan golongan pengguna tidak lagi dikenakan caj-caj yang membebankan. “Ini semuanya kita akan lihat kembali kerana caj-caj tersembunyi ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dikenakan kepada pengguna. “Jadi, pihak Mavcom…










