MUKADIMAH TERDAPAT dua peristiwa menarik melibatkan DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. Pertama sebagai Naib Presiden, beliau telah diamanahkan menjalankan tugastugas Timbalan Presiden apabila penyandang jawatan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada parti. Apabila PRU-14 berakhir, Ahli Parlimen Bagan Datuk ini berhadapan dengan satu lagi cabaran apabila dipertanggungjawabkan menjalankan tugas-tugas Presiden apabila Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan berikutan kekalahan teruk yang dialami oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN). Maknanya, Ahmad Zahid mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi individu pertama perlu memangku…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya