ARAU 12 Jun – Seawal pukul 3 petang, sebaik sahaja Noor Irwan Kamis,37, membuka gerai martabaknya, orang ramai sudah mula beratur bagi mendapatkan makanan tersebut yang boleh dikatakan menu wajib bagi pelanggan di Bazar Ramadan berhampiran Pasar Besar Arau di sini. Malah martabak hasil resipi turun temurun itu juga dijual dengan harga cukup berpatutan iaitu RM3 sekeping sama ada bagi martabak ayam atau daging selain mempunyai saiz yang tebal. Menurut Noor Irwan atau lebih mesra dengan panggilan Wan, dia menjalankan perniagaan martabak khususnya pada bulan Ramadan sejak 11 tahun lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya