Malaysia catat RM341.1 bilion - Utusan Malaysia

Malaysia catat RM341.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Malaysia mencatatkan per­dagangan perkhidmatan antarabangsa berjumlah RM341.1 bilion pada 2017, menyumbang sebanyak 25.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Jabatan Perangkaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jabatan itu dalam satu kenya­taan hari ini berkata, eksport perkhidmatan berkembang ke­­pada RM159.2 bilion daripada RM147.6 bilion pada 2016 manakala import meningkat sebanyak 9.3 peratus kepada RM182 bilion daripada RM166.5 bilion sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir berkata, eksport perkhidmatan meningkat seba­nyak RM47.7 bilion dalam tempoh tujuh tahun lepas.

“Eksport disokong terutama­nya oleh perkhidmatan perjalanan dan perkhidmatan perniagaan seperti perkhidmatan profesional dan rundingan pengurusan dan telekomunikasi, komputer dan maklumat,” katanya.

Sementara itu, import mening­kat sebanyak RM77.1 bilion dari 2010 hingga 2017, didorong oleh pembayaran lebih tinggi kepada aktiviti perjalanan, pengangkutan dan pembinaan.

Jabatan Perangkaan berkata, semasa tempoh itu import bara­ngan meningkat, membawa kepada pembayaran tinggi kepada pe­­ng­angkutan muatan dan insurans a­sing.

“Sementara itu, projek berterusan dalam industri minyak dan gas dan projek infrastruktur bernilai tinggi telah menyumbang kepada pengembangan kukuh dalam import pembinaan,” kata jabatan itu.

Asia kekal sebagai destinasi utama bagi perkhidmatan eksport dan import Malaysia masing-masing pada 70.4 peratus dan 68.2 peratus.

Keseluruhannya, destinasi eks­port utama Malaysia ialah Singa­pura, diikuti Amerika Syarikat (AS) dan China. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN