JURULATIH Kelantan, Fajer Ibrahim menghadiahkan ‘malapetaka’ buat pasukan itu apabila melepaskan jawatannya berkuat kuasa serta-merta selepas transformasi yang dilakukan menemui jalan buntu. Surat peletakan jawatan yang bertulisan tangan itu dikirimkan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan menerusi aplikasi WhatsApp. Dalam surat tersebut, pengendali kelahiran Syria itu mendedahkan, kekurangan kemudahan latihan menjadi punca utama dia melepaskan jawatan tersebut. Kata Fajer, kekurangan kemudahan itu memberikan kesukaran untuk…










