SAUDARA PENGARANG,FOKUS kerajaan buat masa ini sepatutnya diberikan kepada membangun dan memajukan sistem pengangkutan awam dalam negara kita yang dilihat masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Dunia kini telah berubah, banyak kerajaan di negara lain memberi fokus membangunkan teknologi berkaitan dengan pengangkutan awam dan bukannya memajukan pembinaan kenderaan peribadi seperti kereta, motosikal dan lain-lain. Dengan peningkatan jumlah manusia di setiap negara, pengangkutan awam akan menjadi salah satu bentuk pengangkutan…










