Walaupun dia merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang ukur bahan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), namun Luqman Hafidz menganggap dunia lakonan sebagai satu bidang yang ingin diterokainya secara serius. Menurut anak muda ini, kehadirannya dalam industri seni tanah air adalah untuk melihat potensi diri, sekali gus mencuba nasib sekiranya ada ruang untuknya mempertaruhkan bakat dimiliki. “Saya tidak memiliki latar belakang seni, namun saya anggap lakonan memberikan batu loncatan…










