JAKARTA 24 Jun – Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia berjaya mengesan lokasi bangkai feri yang karam di Danau Toba akibat cuaca buruk seminggu lalu. Menurut pihak berkuas, hasil pencarian hidrografi mengesan bangkai feri berkenaan terletak pada kedalam 450 meter di dalam tasik dan tidak jauh dari lokasi tragedi. Teknologi dron akan digunakan untuk mengesahkan penemuan bangkai feri itu susulan pasukan penyelamat tidak boleh menyelam pada kedalaman tersebut. Tragedi tersebut menyaksikan tiga orang disahkan terkorban dan 192 yang lain dikhuatiri hilang. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya