Lelaki warga Thailand maut tercampak dari Toyota Hilux - Utusan Malaysia

Lelaki warga Thailand maut tercampak dari Toyota Hilux

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI – Seorang lelaki warga Thailand maut selepas Toyota Hilux yang dipandunya terbabas lalu berpusing beberapa kali sebelum dia tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda itu dalam satu kejadian di Kilometer 98, Jalan Miri-Bintulu di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu telah mengakibatkan mangsa, Samphan Khamsopha, 44, meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu seorang diri dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke pusat bandar Miri dari arah Bintulu.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba terbabas lalu berpusing beberapa kali di bahu jalan berkenaan.

“Mangsa dikatakan tercampak keluar dari Toyota Hilux itu dan mengalami kecederaan parah pada kepala dan badannya.

“Orang awam yang kebetulan melalui kawasan kemalangan kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN