MIRI – Seorang lelaki warga Thailand maut selepas Toyota Hilux yang dipandunya terbabas lalu berpusing beberapa kali sebelum dia tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda itu dalam satu kejadian di Kilometer 98, Jalan Miri-Bintulu di sini malam tadi. Kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu telah mengakibatkan mangsa, Samphan Khamsopha, 44, meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah yang dialaminya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu seorang diri dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke pusat bandar Miri dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya