KUALA LUMPUR 23 Jun – Pengguna jalan raya di sekitar Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang dekat sini terpaksa mengharungi kesesakan lebih lima kilometer akibat banjir kilat berikutan hujan lebat, hari ini. Banjir yang berlaku berikutan hujan lebat kira-kira pukul 3 petang tadi menyebabkan beberapa lokasi sepanjang laluan tersebut ditenggelami air. Difahamkan antara lokasi terlibat iaitu kawasan sekitar Zoo Negara, Kampung Pasir dan Ukay Perdana. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya