PUTRAJAYA 28 Jun – Perbadanan Putrajaya (PPj) melancarkan lagu ‘Putrajaya Mempesona’ bagi mempromosikan dan memperkenalkan keindahan Pusat Pentadbiran Persekutuan itu. Presiden PPj, Datuk Seri Hasim Ismail berkata, penulisan lirik lagu itu merupakan hasil gabungan nukilan beliau sendiri dengan kerjasama penulis lirik terkenal, Syed Indera Syed Omar atau lebih dikenali sebagai Siso. “Gabuhan lagu ini pula dihasilkan oleh komposer tersohor iaitu, Hashim Said atau S. Atan dengan menggunakan genre muzik pop…










