Lagi desakan supaya Guan Eng mohon maaf - Utusan Malaysia

Lagi desakan supaya Guan Eng mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Jun – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dituntut untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat terhadap ketelanjuran yang dilakukannya ekoran merendahkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kenyataan rasmi kementeriannya baru-baru ini.


ZHAFIRIN MAT YUSOF
ZHAFIRIN MAT YUSOF

Exco Pemuda UMNO Bukit Bintang, Zhafirin Mat Yusof berkata, tindakan Setiausaha Agung DAP itu seolah-olah membelakangi Perlembagaan negara serta tidak peka terhadap sensiviti masyarakat di Malaysia. 

“Perkara ini sesuatu yang sangat memalukan lebih-lebih lagi status beliau sebagai ahli Kabinet yang memegang portfolio penting,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan mengeluarkan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan dalam bahasa Mandarin.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Guan Eng kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan yang Kementerian Kewangan sentiasa mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan ia dibuktikan menerusi laman web rasmi kementerian itu.

Menurut Guan Eng, kenyataan rasmi bahasa Melayu akan diter­jemahkan kepada bahasa Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin jika ada keperluan.

Zhafirin menegaskan, Guan Eng bukan sahaja mencabuli Perlembagaan Persekutuan malah turut melanggar kod etika Rukun Negara ketiga yakni Keluhuran Perlembagaan serta rukun kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. 

“Beliau sendiri tidak mempedulikan kandungan Perlembagaan, malah mengolahkan Perlembagaan mengikut pandangan citarasa sendiri. Bahasa Melayu adalah bahasa yang digunapakai dan difahami oleh semua bangsa dalam negara. 

“Malah saya yakin warganegara asing yang berada di Malaysia juga memahami bahasa Melayu. Guan Eng dilihat seperti menteri tidak tahu dasar kerajaan atau sengaja buat tidak tahu? Atau ingin mengubah dasar kerajaan?” soal beliau. -UTUSAN ONLINE 


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN