Kurung, kebaya moden taruhan Aidilfitri Ladiva - Utusan Malaysia

Kurung, kebaya moden taruhan Aidilfitri Ladiva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang masih melakukan persiapan terakhir menjelang Aidilfitri bolehlah mendapatkan koleksi baharu jenama fesyen Ladiva pada harga mampu milik.

Koleksi Aurora, Sofia, Anggun dan Camelia merangkumi seleksi busana baju kurung serta kebaya moden.

Pemilik dan perekanya, Emma Emilio berkata, setiap busana itu dihasilkan menggunakan fabrik yang selesa seperti kapas dan batik.

“Ia bagi memastikan setiap wanita dapat menikmati momen perayaan itu sekali gus tampil penuh bergaya biarpun pada cuaca panas. 

“Lebih menarik lagi, koleksi ini ditawarkan pada harga hanya RM150,” katanya kepada Kosmo! pada pertunjukan fesyen Raya Oh Raya Ladiva di Melawati Mall, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Bagi individu yang berminat mendapatkan koleksi tersebut, kunjungi pusat beli belah Melawati Mall, Selangor; AEON Taiping, Perak dan AEON Pulau Pinang.

Hubungi talian 017-650 957 atau layari laman web www.ladivaemmaemilio.com, facebook: ladiva by emma emilio HQ dan instagram: @ladiva_emmaemilio. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN