TASEK GELUGOR 11 Jun – Pada mulanya, Zuraida Hashim tidak begitu menggemari kuih loyang malah wanita berkenaan mengakui dia tidak mahir tentang cara penyediaan kudapan itu yang menjadi pilihan ramai kerana kerangupannya. Wanita berusia 48 tahun itu sekadar membantu ibu mentuanya menggoreng kuih loyang apabila sesekali pulang ke kampung. Bagaimanapun segalanya berubah lebih enam tahun lalu apabila suaminya, Abdullah Saidin meninggal dunia sekali gus menyebabkan Zuraida dan tiga anaknya kehilangan…










