SEREMBAN – Sebanyak 568 notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada peniaga di seluruh negara kerana melakukan kesalahan berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 Jun lalu hingga semalam. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, notis mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 itu dikeluarkan ekoran peniaga terbabit didapati gagal menyelaraskan harga barangan selepas penurunan kadar GST daripada enam peratus…










