Korea Utara, Korea Selatan bergabung dalam Sukan Asia - Utusan Malaysia

Korea Utara, Korea Selatan bergabung dalam Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 28 Jun – Korea Utara dan Korea Selatan akan bergabung dalam tiga sukan – kanu, kayak dan bola keranjang wanita dalam Sukan Asia di Indonesia, Ogos ini.

Menurut Majlis Olimpik Asia (OCA), dua negara Korea itu juga akan me­nyertai perbarisan bersama dalam upacara pembukaan pada 18 Ogos dan penutup, 2 September.

Hubu­ngan dua negara berjiran ini semakin baik sejak Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan pada Februari lalu.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dalam satu persidangan, April lalu bersetuju untuk mengambil bahagian bersama dalam beberapa kejohanan sukan antarabangsa.

“Ini akan menjadi Sukan Asia yang bersejarah buat Majlis ­Olimpik Asia dan benua ini kerana buat kali pertama Korea Utara dan Korea Selatan akan bergabung membentuk pasukan dalam beberapa sukan.

“Mereka akan berbaris bersama pada upacara pembukaan dan gembira untuk meneruskan kerjasama dalam semangat perpaduan serta persahabatan,” kata Pengarah Perhubungan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan OCA, Vinod Kumar Tiwari.

Atlet dari kedua-dua negara juga akan menggunakan bendera neutral semenanjung Korea dan menggunakan nama ‘Korea’.

Kedua-dua negara turut serta menghantar pasukan campuran pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang dengan menghantar gabungan pemain hoki ais wanita. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN