KUALA LUMPUR – Kontrak pelumba Motogp pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah bersama pasukan Tech 3 disambung setahun lagi bagi musim 2019. Berita baik itu diterima selepas pasukan Tech 3 mengumumkan mereka akan menggunakan jentera KTM selepas Yamaha menarik penajaan untuk perlumbaan musim hadapan. “Alhamdulillah…syukur kepada rezeki yang saya dapat untuk 2019. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Herve (Poncharal) dan Datuk Razlan (Razali) serta keluarga dan peminat yang…










