LONDON 23 Jun – Para penyelidik dari Universiti Michigan berjaya mencipta sebuah komputer yang panjangnya hanya 0.3 milimeter, sekali gus menjadikannya sebagai komputer terkecil di dunia. Lapor Mail Online, komputer berkenaan bersaiz seperti sebutir beras. Komputer tersebut berjaya memadamkan rekod yang dipegang oleh sebuah komputer bersaiz satu milimeter dari IBM yang dihasilkan pada Mac lalu. Namun, para penyelidik menyatakan tidak pasti sama ada peranti berkenaan layak dikenali sebagai komputer kerana semua program dan data akan hilang sebaik-baik sahaja komputer itu dimatikan. “Kami tidak pasti jika peranti itu patut dikenali sebagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya