Kolarov bantu Serbia tewaskan Costa Rica - Utusan Malaysia

Kolarov bantu Serbia tewaskan Costa Rica

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMARA, Rusia 17 Jun – Sepakan bola lencong kapten Serbia, Aleksandar Kolarov sewaktu minit ke-56 membolehkan pasukannya meraih kemenangan 1-0 ke atas Costa Rica dalam aksi pembukaan Piala Dunia Kumpulan E di Samara Arena, sebentar tadi.

Jaringan menarik itu dilakukan Kolarov ketika aksi sepakan percuma yang sukar diselamatkan oleh penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas.

Bukan itu sahaja, pertahanan Costa Rica juga tidak menjangka bola lencong Kolarov tersebut mampu melepasi barisan benteng mereka.

Dalam perlawanan tersebut, Costa Rica yang melangkah ke saingan suku akhir Piala Dunia 2014 dilihat bekerja keras untuk mendapatkan jaringan sebelum terpaksa menerima kekalahan ke atas Serbia dalam aksi pertama peringkat kumpulan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN