KUALA LUMPUR 26 Jun – Kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang di sini dijangka selesai melalui pelaksanaan projek mitigasi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor. Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Norhayati Ahmad berkata, projek tebatan banjir itu melibatkan pembinaan kolam takungan bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Hulu Klang untuk menampung peningkatan paras air ketika hujan lebat. “Kolam takungan itu…










